Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian IV · Kesalahan yang Berhubungan Dengan Ketenteraman Awam

25. Section 25

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang di mana-mana tempat awam dalam mana-mana kawasan diproklamasi membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata berbahaya atau apa-apa bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar, melainkan jika orang itu membuktikan bahawa dia membawa senjata, artikel atau bahan itu atau mempunyai bahan itu dalam miliknya atau di bawah kawalannya semata-mata bagi maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh disebat.

(2)

Mana-mana orang yang di mana-mana tempat dalam suatu kawasan diproklamasi, selain suatu tempat awam, mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata berbahaya atau apa-apa bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan munasabah bahawa senjata atau bahan itu dimaksud untuk digunakan bagi suatu maksud yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia mempunyai senjata atau bahan itu dalam miliknya semata-mata bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan boleh disebat.

Report