Public Order (Preservation) Act 1958 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian IV · Kesalahan yang Berhubungan Dengan Ketenteraman Awam
26. Anggapan
Feedback & supportJika apa-apa senjata berbahaya atau apa-apa bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar didapati di dalam atau di atas mana-mana premis, penduduk premis itu hendaklah disifatkan memiliki senjata atau bahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa seorang lain memiliki senjata atau bahan itu atau bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan atau tiada cara munasabah untuk mengetahui bahawa senjata atau bahan itu ada di dalam atau di atas premis itu, dan bahawa dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah terhadap senjata atau bahan itu disimpan di dalam atau di atas premis itu.
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen 25(2), hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa
Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 25
mana-mana senjata atau bahan adalah dimaksud untuk digunakan bagi suatu maksud yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam jika─
bilangan senjata atau kuantiti bahan yang didapati melebihi kuantiti yang dengan munasabahnya dikehendaki disimpan oleh tertuduh bagi kegunaan dan pemakaian biasa di rumah atau di establismennya dan (dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan) melebihi kuantiti yang dengan munasabahnya dikehendaki disimpan dalam penjalanan biasa urusannya; atau
senjata atau bahan itu disimpan tersembunyi atau di suatu tempat yang lain daripada tempat yang ia mungkin dengan munasabahnya dijangka disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan; atau
bahan yang disimpan dalam bekas yang lain daripada bekas dari jenis di mana bahan itu biasanya disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan.