Seksyen 105
Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian
Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am Kanun Keseksaan, atau dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian lain Kanun yang sama, atau dalam mana-mana undang-undang yang mentakrifkan kesalahan itu, terletak padanya, dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan itu sebagai tidak ada.
Undang-Undang Malaysia 86
Akta 56
(a)
A yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab akalnya tidak sempurna dia telah tidak mengetahui sifat perbuatannya itu.
Beban membuktikan terletak pada A.
(b)
A yang dituduh melakukan pembunuhan mengatakan bahawa oleh sebab bangkitan marah besar dan mengejut dia telah tidak dapat mengawal dirinya.
Beban membuktikan terletak pada A.
(c)
Seksyen 325 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sesiapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah adalah tertakluk kepada hukuman tertentu.
A dipertuduh menyebabkan cedera parah dengan sengaja di bawah seksyen 325.
Beban membuktikan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk di bawah seksyen 335 terletak pada A.