Evidence Act 1950 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab VII · Beban Membuktikan
111. Section 111
Feedback & supportJika ada soal tentang ketulusan sesuatu transaksi antara pihak-pihak, dan satu pihak berada dalam kedudukan kepercayaan aktif dengan pihak yang satu lagi itu, beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada pihak yang berada dalam kedudukan kepercayaan aktif itu.
Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang klien kepada seorang peguam dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh klien itu. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada peguam itu.
Undang-Undang Malaysia 88
Ketulusan sesuatu jualan oleh seorang anak lelaki yang baru cukup umur kepada bapanya dipersoalkan dalam suatu guaman yang dibawa oleh anak itu. Beban membuktikan ketulusan transaksi itu terletak pada bapanya.