Pernyataan yang dibuat oleh sesuatu pihak dalam prosiding atau oleh seorang ejen kepada mana-mana pihak sedemikian yang disifatkan oleh mahkamah, dalam hal keadaan kes itu, sebagai diberi kuasa oleh pihak itu secara nyata atau secara tersirat untuk membuat pernyataan ialah pengakuan.
Pernyataan yang dibuat oleh pihak-pihak dalam guaman, yang membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas sifat wakil, bukanlah pengakuan melainkan jika pernyataan itu telah dibuat semasa pihak yang membuatnya bersifat sedemikian.
Keterangan 31
Pernyataan yang dibuat oleh—
orang yang mempunyai apa-apa kepentingan ketuanpunyaan atau kepentingan wang dalam hal perkara prosiding itu, dan yang telah membuat pernyataan itu sebagai orang yang mempunyai kepentingan sedemikian; atau
orang yang daripadanya pihak-pihak dalam guaman itu telah mendapat kepentingan mereka dalam hal perkara guaman itu, ialah pengakuan jika pernyataan itu dibuat dalam masa orang itu masih terus mempunyai kepentingan tersebut.
Pengakuan oleh orang yang kedudukannya mesti dibuktikan bagi menentang pihak dalam guaman