(1)
Jika pengakuan salah yang disebut dalam seksyen 24
adalah selainnya berkaitan, pengakuan salah itu tidak menjadi tidak berkaitan semata-mata oleh sebab pengakuan salah itu telah
Undang-Undang Malaysia 36
dibuat atas janji untuk merahsiakannya, atau berikutan suatu perdayaan yang dilakukan ke atas orang tertuduh itu bagi maksud mendapatkan pengakuan itu, atau apabila dia mabuk, atau oleh sebab pengakuan salah itu telah dibuat dalam menjawab soalan yang tidak perlu dijawabnya, walau apa pun bentuk soalan itu, atau oleh sebab dia tidak diberikan amaran bahawa dia tidak terikat membuat pengakuan salah itu dan bahawa keterangan mengenai pengakuan salah itu boleh diberikan terhadapnya.
(2)
(Dipotong oleh Akta A324).