Evidence Act 1950 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab VI · Penyingkiran Keterangan Lisan Oleh
94. Section 94
Feedback & supportApabila bahasa yang digunakan dalam sesuatu dokumen itu jelas dengan sendirinya dan apabila bahasa itu dipakai dengan tepatnya bagi fakta yang sedia ada, keterangan tidak boleh diberikan bagi menunjukkan bahawa bahasa itu tidak dimaksudkan untuk dipakai bagi fakta itu.
A memindahhakkan kepada B melalui memorandum pindah hakmilik
“estet saya di Kranji seluas 100 ekar.” A mempunyai suatu estet di Kranji seluas 100 ekar. Keterangan tidak boleh diberikan mengenai fakta bahawa estet yang dimaksudkan itu ialah estet yang terletak di suatu tempat berlainan dan mempunyai keluasan berlainan.
Keterangan tentang dokumen yang tidak bererti berkenaan fakta yang sedia ada