Evidence Act 1950 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab VI · Penyingkiran Keterangan Lisan Oleh
99. Section 99
Feedback & supportOrang yang tidak menjadi pihak kepada sesuatu dokumen atau bukan wakil mereka dari segi kepentingan boleh memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang cenderung menunjukkan adanya suatu perjanjian semasa yang mengubah terma dokumen itu.
A dan B membuat suatu kontrak secara bertulis bahawa B akan menjual kepada A timah tertentu yang akan dibayar apabila ia diserahkan. Pada masa yang sama mereka membuat suatu perjanjian lisan bahawa A akan diberi tiga bulan kredit. Ini tidak boleh dibuktikan antara A dengan B, tetapi ia boleh dibuktikan oleh C jika perjanjian lisan itu menyentuh kepentingannya.
Pentafsiran wasiat