Akta Kewangan 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Kewangan (No. 2) 1998
21. Pindaan seksyen 3
Feedback & supportSeksyen 3 Akta Kewangan (No. 2) 1998 dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “6,” perkataan “8,”; dan
Undang-Undang Malaysia
AKTA 631 16
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3A) Seksyen 8 hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1995 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.”.
Pindaan dalam subseksyen (1) disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1999.
Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa subperenggan (3A)(a)(iii) dan (4A)(a)(iii) bagi seksyen 60 Akta
Cukai Pendapatan 1967 sebagaimana yang dipinda mengikut seksyen 8 Akta Kewangan (No. 2) 1998 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1995 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.