Akta Kewangan 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab IV · Pindaan Kepada Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2000
22. Pindaan seksyen 24
Feedback & supportAkta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2000 dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
“Semakan semula baki 24.
Walau apa pun peruntukan seksyen 23 Akta ini, jika selepas 1 Januari 2001, terdapat suatu taksiran, semakan semula mana-mana taksiran atau peremitan cukai, bagi tahun taksiran 2000 berasaskan tahun semasa atau tahun-tahun taksiran sebelumnya, baki kredit syarikat itu setakat 31
Disember 2000 boleh dinaikkan atau dikurangkan (kemudian daripada ini disebut dalam Bahagian ini sebagai baki yang disemak semula) sebanyak amaun cukai atau cukai tambahan yang dikenakan, amaun kenaikan cukai yang dikenakan yang disebut dalam subseksyen 101(8), amaun cukai yang dilepaskan atau amaun cukai yang diremitkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tahun-tahun taksiran itu (tolak apa-apa rebat di bawah seksyen 6B atau apa-apa pelepasan yang diberikan bagi tahun-tahun taksiran itu di bawah seksyen 132 atau 133).”.
Subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2001.
Kewangan 17