Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab VI

25. Seksyen baru 8A

Feedback & support

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990, yang disebut “Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda dalam Bahagian

II dengan memasukkan selepas seksyen 8 seksyen yang berikut:

8A.

“Rebat cukai

(1)

Suatu rebat hendaklah diberikan kepada syarikat luar pesisir atas cukai yang dikenakan di bawah seksyen 4, 7 atau 8 bagi setiap tahun taksiran untuk apa-apa zakat yang dibayar dalam tempoh asas tahun taksiran itu kepada dan dibuktikan dengan suatu resit yang dikeluarkan oleh, pihak berkuasa agama Islam Labuan.

(2)

Jika jumlah amaun rebat di bawah subseksyen (1)

melebihi cukai yang dikenakan (sebelum apa-apa rebat) bagi mana-mana tahun taksiran, lebihan itu tidak boleh dibayar kepada syarikat luar pesisir itu atau digunakan sebagai kredit untuk menolak tanggungan cukainya bagi tahun taksiran itu atau mana-mana tahun yang berikutnya.”.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 631 18

Report