Skip to content

Seksyen 36

Tahun taksiran 2010

of Akta Kewangan 2010

ActIn forceProvision 40 of 64
Seksyen 36
(1)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa dalam tahun 2010, hendaklah ada dua tahun taksiran, iaitu—

(a)

tahun taksiran 2010 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2009 (asas tahun sebelumnya); dan

(b)

tahun taksiran 2010 berkenaan dengan tempoh asas yang berakhir pada tahun 2010 (asas tahun semasa).

(2)

Tahun taksiran 2010 berasaskan tahun semasa ialah tahun taksiran yang berasingan yang mengikuti tahun taksiran 2010

berasaskan tahun sebelumnya.

Anggaran dan ansuran bagi tahun taksiran 2010 berkenaan dengan asas tahun semasa dan tahun taksiran 2011