Skip to content

Seksyen 37

of Akta Kewangan 2010

ActIn forceProvision 41 of 64

Seksyen 37

(1)

Orang yang boleh dikenakan cukai tidak dikehendaki untuk mengemukakan anggaran di bawah seksyen 49a Akta ibu bagi tahun taksiran 2010 berkenaan dengan apa-apa asas tahun semasa.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengikut subseksyen 49a(8) Akta ibu, mengarahkan mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai untuk membuat pembayaran melalui ansuran dengan mengambil kira cukai yang kena atau boleh kena dibayar oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu bagi tahun taksiran 2010 berkenaan dengan asas tahun semasa pada masa dan mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Bagi tahun taksiran 2011, anggaran cukai yang kena dibayar berkenaan dengan orang yang boleh dikenakan cukai yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen 49a(2) Akta ibu hendaklah tidak kurang daripada lapan puluh lima peratus daripada amaun cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran 2010 berkenaan dengan tahun asas sebelumnya atau, jika cukai yang kena dibayar itu belum ditentukan cukai yang kena dibayar bagi tahun taksiran 2009.

Kewangan 37