Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2024Read it in English

Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

19. Pindaan seksyen 3

Feedback & support

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, yang disebut

“Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda dalam seksyen 3—

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memotong perkataan “jumlah”;

(ii)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “gains” dengan perkataan “gain”; dan

(iii)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “assets” dengan perkataan “asset”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Bagi maksud Akta ini, keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru atas pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

ditentukan mengikut setiap pelupusan secara berasingan; dan

(b)

dikira sebagai suatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai berasingan daripada setiap pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu.”.

Kewangan 21

Report

Bab IV

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bab V

Pindaan Kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967

Bab VI

Pindaan Kepada Akta Kewangan 2012

Bab VII

Pindaan Kepada Akta Kewangan (No. 2) 2023