Akta Kewangan 2024 · Updated to 31 Dec 2024 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
20. Pindaan seksyen 7
Feedback & supportSubseksyen 7(4) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) ada kerugian yang boleh dibenarkan mengenai sesuatu pelupusan, kerugian yang boleh dibenarkan itu hendaklah hanya dibenarkan sebagai suatu potongan untuk mengurangkan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi seseorang dalam pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang berikutnya dalam tahun taksiran yang sama yang pelupusan itu telah dibuat; dan”; dan
dalam perenggan (b)—
dengan memotong perkataan “jumlah”
di mana-mana jua terdapat; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“yang baginya ada jumlah keuntungan yang boleh dikenakan cukai” perkataan “daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang lebih awal”.