Akta Kewangan 2024 · Updated to 31 Dec 2024 · Bab III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
22. Pindaan seksyen 21
Feedback & supportSeksyen 21 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1a)—
dengan memotong perkataan “atau cukai tambahan”;
Undang-Undang Malaysia 22
dengan menggantikan perkataan “enam puluh hari” dengan perkataan “sembilan puluh hari”;
dan
dengan memotong perkataan “atau taksiran tambahan”; dan
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Tertakluk kepada subseksyen (3), jika apa-apa cukai yang genap masanya dan kena dibayar apabila disampaikan suatu notis mengikut subseksyen (1)
atau (2) tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas disampaikan notis itu (atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah) atau jika apa-apa cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah subseksyen (1a) tidak dibayar dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh pelupusan, maka sekian banyak daripada cukai yang tidak dibayar itu apabila tamat tempoh tiga puluh hari itu atau tempoh yang lebih lama itu, atau apabila tamat tempoh sembilan puluh hari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepadanya, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar sedemikian, dan jumlah wang itu boleh dituntut seolah-olah cukai itu ialah cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa—
jika cukai yang kena dibayar itu dikurangkan dalam rayuan atau selainnya, jumlah wang telah dibayar atau yang kena dibayar sebagai kenaikan itu hendaklah dikurangkan mengikut kadarnya; dan
Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya, bagi apa-apa sebab yang baik yang diberi, meremit kesemua atau apa-apa bahagian daripada apa-apa kenaikan dalam cukai yang kena dibayar di bawah subseksyen ini.”.
Kewangan 23