Akta Kewangan (No. 2) 1985 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab V · Pindaan Kepada *Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984
43. Seksyen 2 Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan
Feedback & supportTanah) 1984 [Akta 310], yang disebut “Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda—
*CATATAN—Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984 [Akta 310] telah dimansuhkan oleh Akta Kewangan 1988 [Akta 364]–lihat seksyen 26 Akta 364.
Kewangan (No. 2) 31
dengan memasukkan sebaik selepas tafsiran “isteri” dalam subseksyen (1) tafsiran baharu “kawasan perindustrian”
yang berikut:
‘ “kawasan perindustrian” ertinya suatu kawasan tanah yang ditetapkan sebagai sedemikian oleh Pihak
Berkuasa Negeri;’;
dengan menggantikan tafsiran
“pelupusan”
dalam subseksyen (1) dengan yang berikut:
‘ “pelupusan”, berhubung dengan aset yang boleh dikenakan cukai, ertinya penjualan, pemindahhakan, pemindahmilikan, pertukaran, penyerahhakan, penyelesaian, penyerahan atau pemberimilikan syer
(termasuk dengan cara penyatuan, pengambilan alih, percantuman atau penyusunan semula suatu syarikat atau syarikat-syarikat):
Dengan syarat bahawa yang berikut ini tidaklah boleh diambil kira sebagai suatu pelupusan:
pengeluaran saham pinjaman atau debentur; dan
penukaran saham pinjaman atau debentur kepada syer;’;
dengan memasukkan sebaik selepas tafsiran “Pesuruhjaya
Khas” dalam subseksyen (1) tafsiran baharu “Pihak
Berkuasa Negeri” yang berikut:
‘ “Pihak Berkuasa Negeri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Kanun Tanah Negara
[Akta 56 tahun 1965];’;
dengan menggantikan tafsiran “syarikat yang berasaskan tanah” dalam subseksyen (1) dengan yang berikut:
32
Undang-Undang Malaysia
‘ “syarikat berasaskan tanah” ertinya suatu syarikat yang memiliki tanah di Malaysia sebagai salah satu aset pada masa pelupusan syer dalam syarikat itu, atau suatu syarikat yang sungguhpun ianya sendiri tidak memiliki tanah ada memegang kepentingan dalam syer (secara langsung atau melalui satu syarikat perantaraan atau lebih) dalam suatu syarikat yang memiliki tanah di
Malaysia sebagai salah satu aset pada masa pelupusan syer:
Dengan syarat bahawa sesuatu syarikat tidaklah boleh dianggap sebagai syarikat berasaskan tanah di mana tanah digunakan keseluruhannya dan terutamanya bagi maksud kilang, pejabat, bangunan hotel (termasuk tanah yang digunakan sebagai padang golf, gelanggang tenis, padang permainan kanak-kanak) atau premis perniagaan jika tiada mana-mana bahagian premis itu disewa, dan tanah yang digunakan sedemikian itu pada pendapat
Ketua Pengarah tidak melebihi kehendak biasa tetapi mencukupi dengan besarnya kilang, pejabat, bangunan hotel atau premis perniagaan, atau jika tanah yang digunakan sedemikian itu terletak dalam kawasan perindustrian; dan
Dengan syarat selanjutnya bahawa sesuatu syarikat disifatkan sebagai memegang kepentingan dalam syer dalam syarikat berasaskan tanah—
secara langsung jika ia memegang lebih daripada dua puluh peratus pada agregatnya daripada bilangan nominal syer mengundi dalam syarikat yang berasaskan tanah itu; atau
melalui satu syarikat perantaraan atau lebih jika syarikat perantaraan itu atau mana-mana syarikat perantaraan (kiranya terdapat lebih daripada satu syarikat perantaraan) memegang lebih daripada dua puluh peratus pada agregatnya daripada
Kewangan (No. 2) 33
bilangan nominal syer mengundi dalam syarikat yang berasaskan tanah itu;’;
dengan memasukkan sebaik selepas tafsiran “syarikat berasaskan tanah” dalam subseksyen (1) tafsiran baharu
“syarikat perantaraan” dan “syarikat terkawal” yang berikut:
‘ “syarikat perantaraan” ertinya suatu subsidiari di bawah seksyen 5 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“syarikat terkawal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967;’;
dengan memasukkan sebaik selepas tafsiran “syer” dalam subseksyen (1) tafsiran baharu “syer mengundi” yang berikut:
‘ “syer mengundi”ertinya suatu syer mengundi di bawah
Akta Syarikat 1965;’;
dengan memasukkan sebaik selepas subseksyen
, subseksyen baharu (3) yang berikut:
“(3) Sebutan dalam seksyen ini mengenai kilang, pejabat atau premis perniagaan hendaklah disifatkan termasuk kemudahan sosial dan rekreasi bagi pekerja dan tempat kediaman bagi pekerja selain pengarah (bukannya pengarah berkhidmat) sesuatu syarikat terkawal.”.
Pindaan seksyen 4