Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006

Bab V · Pindaan Kepada *Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984

50. Jadual 2 kepada Akta ibu dipinda—

Feedback & support
(a)

dengan menggantikan perenggan 3 dengan yang berikut:

“3. Pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dalam suatu syarikat berasaskan tanah di antara seseorang dengan

36

Undang-Undang Malaysia nomini atau pemegang amanahnya di mana seseorang itu sebenarnya berhak berbanding dengan nomini atau pemegang amanah atau di antara nomini-nomini atau pemegang-pemegang amanah itu di mana keempunyaan benefisial aset yang boleh dikenakan cukai tidak berubah dengan pelupusan itu:

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah terpakai bagi sesuatu penyelesaian yang disebut dalam subseksyen 20(3).”; dan

(b)

dengan memasukkan sebaik selepas perenggan 3, perenggan baharu 4 yang berikut:

“4. Pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dalam syarikat berasaskan tanah oleh Kerajaan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan.”.

Report

Bab VI

Pindaan Kepada *Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967