Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 55 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “penentuan Suruhanjaya” perkataan yang berikut:
“atau apa-apa perkara lain untuk menggalakkan urusan industri yang selaras dengan—
matlamat Akta ini;
mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah
Akta ini; atau
mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam
Akta ini atau perundangan subsidiarinya.”;
dan
dalam subseksyen (5)—
dengan menggantikan perkataan “empat puluh lima hari” dengan perkataan “tiga puluh hari”;
dan
dengan menggantikan perkataan “tamatnya siasatan itu” dengan perkataan “penyiaran laporan berkenaan siasatan di bawah seksyen 65”.