Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025 · As enacted
22. Penggantian seksyen 75
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 75 dengan seksyen yang berikut:
“Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan, dll.
s 75Seseorang yang—
tidak mendedahkan atau tidak memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang berkaitan;
memberikan maklumat, keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu atau mengelirukan; atau
dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang dia dikehendaki untuk mengemukakan, sebagai gerak balas kepada suatu suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.