Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 105 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pemegang lesen” dengan perkataan “orang”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan kepada mana-mana orang di bawah seksyen 51 untuk mematuhi mana-mana standard mandatori.
Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (4).”.