Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

49. Pindaan seksyen 147

Feedback & support

Seksyen 147 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(c), dengan memotong perkataan

“dan/”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Suruhanjaya boleh menentukan bahawa—

(a)

kemudahan rangkaian atau kelas kemudahan rangkaian yang disyorkan;

(b)

perkhidmatan rangkaian atau kelas perkhidmatan rangkaian yang disyorkan; atau

(c)

mana-mana kemudahan atau perkhidmatan lain yang disyorkan yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan,

Undang-Undang Malaysia 24

dimasukkan atau dikeluarkan daripada senarai capaian, jika ia berpuas hati bahawa forum capaian itu telah memberi peluang yang mencukupi bagi perundingan awam dengan orang yang mempunyai kepentingan dalam syor itu, dan tidak kurang daripada sembilan persepuluh daripada anggota forum capaian menyokong syor itu.”.

Report