Skip to content

Seksyen 44A

Koperasi 37

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 52 of 119
Seksyen 44A
(1)

Tiap-tiap anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif, jika ada, sesuatu koperasi yang mempunyai, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan dalam sesuatu pembiayaan

Islam atau kemudahan kredit yang dicadangkan untuk diberikan kepada mana-mana orang oleh koperasi itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengisytiharkan secara bertulis jenis kepentingannya, pada suatu mesyuarat anggota Lembaga yang dibentuk dengan sewajarnya, dan setiausaha koperasi itu, jika ada, atau pegawai lain yang dilantik oleh koperasi bagi maksud itu, hendaklah menyebabkan suatu salinan perisytiharan itu untuk diedarkan dengan serta-merta kepada tiap-tiap anggota Lembaga tidak kira sama ada dia hadir atau tidak pada mesyuarat itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am secara bertulis yang disampaikan pada setiap anggota Lembaga sesuatu koperasi yang disebut dalam subseksyen itu oleh seorang anggota Lembaga koperasi itu, yang menjelaskan bahawa dia mempunyai kepentingan dalam sesuatu pembiayaan

Islam atau kemudahan kredit itu, yang selepas tarikh notis itu boleh diberikan kepada orang itu hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan kepentingan yang memadai berhubung dengan sesuatu pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang diberikan itu jika—

(a)

ia menyatakan jenis dan takat kepentingan orang itu; atau

(b)

pada masa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit itu diberikan, kepentingannya tidak berbeza pada jenisnya atau lebih besar daripada yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Mana-mana anggota lembaga atau ketua pegawai eksekutif sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.