Skip to content

Seksyen 46

Saraan untuk anggota Lembaga

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 55 of 119
Seksyen 46
(1)

Seseorang anggota Lembaga suatu koperasi boleh menerima elaun daripada koperasi itu, tetapi amaun elaun itu tidak boleh melebihi jumlah wang yang ditetapkan oleh mesyuarat agung koperasi itu sebelum atau pada masa tempoh jawatannya bermula.

(2)

Tiada anggota Lembaga suatu koperasi yang dilantik untuk mewakili koperasi itu dalam lembaga pengarah mana-mana subsidiarinya boleh menerima atau mengambil apaapa saraan daripada subsidiari itu tanpa kelulusan terdahulu mesyuarat agung koperasi itu.

(3)

Dalam seksyen ini, “elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga suatu koperasi sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada koperasi itu secara tetap.