Seksyen 44B
Pendedahan percanggahan kepentingan oleh anggota Lembaga dan ketua pegawai eksekutif
Seseorang anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif, jika ada, sesuatu koperasi yang memegang suatu jawatan atau memiliki sesuatu harta yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, suatu kewajipan atau suatu kepentingan mungkin wujud yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang anggota Lembaga atau ketua pegawai
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.
eksekutif, hendaklah mengisytiharkan hakikat, jenis dan takat percanggahan yang mungkin berbangkit pada mesyuarat pertama Lembaga yang diadakan—
(a)
selepas dia menjadi seorang anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif, sesuatu koperasi; atau
(b)
jika dia telah pun menjadi seorang anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif sesuatu koperasi, selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta yang melaluinya percanggahan itu mungkin berbangkit.
(2)
Mana-mana anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.