Skip to content

Seksyen 21

Pewujudan gadaian bagi faedah koperasi

of Akta Koperasi 1993

ActIn forceProvision 26 of 119
Seksyen 21
(1)

Tertakluk kepada apa-apa tuntutan terdahulu Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri ke atas harta penghutang dan kepada lien atau tuntutan seseorang tuan tanah berkenaan dengan sewa atau apa-apa wang

Koperasi 27

yang boleh didapatkan sebagai sewa dan, dalam hal harta tak alih, kepada apa-apa gadaian berdaftar terdahulu atasnya—

(a)

apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan belum jelas yang kena dibayar kepada suatu koperasi oleh mana-mana anggota atau bekas anggota hendaklah menjadi gadaian pertama atas segala tanaman atau hasil pertanian yang lain, ikan (air tawar dan air masin), kayu yang ditebang atau hasil hutan yang lain, hasil laut, ternakan, makanan ternakan, pertanian, alat perindustrian dan perikanan, loji, jentera, bot, takal dan jaring, bahan mentah, stok barang dan pada umumnya segala hasil buruh dan benda yang digunakan berkaitan dengan pengeluaran yang diperdapatkan, dibeli atau dihasilkan kesemuanya atau sebahagiannya daripada apa-apa pinjaman, sama ada dalam bentuk wang atau barang, yang diberikan kepadanya oleh koperasi itu;

(b)

apa-apa tuntutan atau bareh yang belum terjelas yang kena dibayar kepada suatu koperasi perumahan berdaftar oleh mana-mana anggota atau bekas anggota berkenaan dengan sewa, syer, pinjaman atau wang pembelian atau apa-apa hak atau amaun lain yang kena dibayar kepada koperasi itu hendaklah menjadi gadaian pertama atas kepentingannya mengenai harta tak alih koperasi itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a) boleh menyentuh tuntutan mana-mana pembeli bona fide atau penerima pindahan bona fide tanpa notis.