Akta Koperasi 1993 · Updated to 1 Apr 2015 · Bahagian III · Kewajipan dan Keistimewaan Koperasi
23. Section 23
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 22, syer, yuran, pulangan atau kepentingan seseorang anggota dalam modal suatu koperasi tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan di bawah apa-apa dekri atau perintah mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti yang ditanggung oleh anggota itu, dan baik pemegang hartanya dalam ketidaksolvenan mahupun penerima yang dilantik sewajarnya tidaklah berhak terhadap, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau yuran atau kepentingan itu.