Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2015Read it in English

Bahagian III · Kewajipan dan Keistimewaan Koperasi

24. Kuasa untuk menguruskan harta dan, pulangan atau kepentingan anggota yang mati

Feedback & support
(1)

Apabila berlaku kematian seseorang anggotanya, suatu koperasi boleh memindahkan syer, pulangan atau kepentingan anggota yang mati itu—

(a)

dalam hal anggota yang mati beragama Islam, kepada wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu atau kepada orang yang didapati oleh Lembaga merupakan orang yang berhak kepada syer, pulangan atau kepentingan itu menurut apa-apa pembahagian yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka; atau

(b)

dalam hal anggota yang mati bukan beragama Islam, kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan-peraturan bagi pihak anggota yang mati atau, jika tiada orang yang dinamakan sedemikian, kepada mana-mana orang yang didapati oleh Lembaga merupakan waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu, dan boleh membayar kepada wakil di sisi undang-undang, penama, waris atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu jumlah wang yang merupakan nilai syer, pulangan atau kepentingan anggota yang mati itu, mengikut mana-mana yang berkenaan sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya.

(2)

Jika anggota yang mati itu bukan beragama Islam, dan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu tidak layak untuk menjadi anggota mengikut Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil, maka koperasi itu boleh, atas permohonan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa enam bulan

Koperasi 29

daripada kematian anggota itu, memindahkan syer, pulangan atau kepentingan anggota itu kepada mana-mana orang yang dinyatakan dalam permohonan itu yang layak menjadi anggota.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), jika enam bulan sudah berlalu sejak kematian anggota yang beragama Islam dan koperasi yang berkenaan tidak dapat menentukan siapakah wakil di sisi undang-undang bagi anggota itu atau tiada wakil di sisi undang-undang telah dilantik atau harta pusaka anggota itu belum dibahagikan atau harta pusaka anggota itu telah dibahagikan tetapi koperasi itu tidak dapat menentukan siapakah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut pembahagian itu, maka koperasi itu boleh membayar kepada *Pegawai Pentadbir Pusaka sejumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya.

(4)

Suatu koperasi boleh membayar segala wang lain yang kena dibayar kepada seseorang anggota yang mati oleh koperasi itu kepada wakil di sisi undang-undang, *Pegawai Pentadbir Pusaka, penama, waris atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebutkan dalam subseksyen (1)

dan (3).

Report

Bahagian IV

Hak dan Liabiliti Anggota

Bahagian V

Organisasi dan Pengurusan Koperasi

Bahagian VI

Harta dan Kumpulan Wang Koperasi

Bahagian VII

Akaun dan Audit

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran dan Pertikaian

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan koperasi it

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules