Seksyen 10
Akaun dan audit
of Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980
Akaun-akaun perniagaan Jabatan Air hendaklah diaudit oleh Ketua
Audit Negara dan peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] hendaklah terpakai.
(2)
Pengarah hendaklah, tidak lewat daripada 31 Mac dalam tahun yang berikutnya, atau suatu tarikh terkemudian yang tidak lewat daripada 31 Julai dalam tahun itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri
Besar, menghantar kepada Ketua Audit Negara penyata-penyata kewangan tentang akaun-akaun perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1) yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira, penyata
Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri 11
(Tatacara Kewangan dan Perakaunan)
untung rugi dan apa-apa penyata sokongan yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Besar.
(3)
Penyata-penyata yang telah diaudit bersama dengan pemerhatian
Ketua Audit Negara mengenainya hendaklah dikemukakan kepada Menteri
Besar yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan dalam Dewan
Undangan Negeri.