Skip to content

Seksyen 8

Akaun-akaun perniagaan

of Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980

ActIn forceProvision 8 of 12
Seksyen 8
(1)

Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara

Kewangan 1957 dan mana-mana peraturan yang dibuat dan perintah yang dikeluarkan di bawahnya, segala buku dan akaun Jabatan Air hendaklah disenggarakan mengikut prinsip dan amalan perakaunan perniagaan yang diterima umum.

(2)

Segala aset dan tanggungan Jabatan Air hendaklah mulai dari tarikh yang ditetapkan itu dimasukkan dalam akaun-akaun yang disebut dalam subseksyen (1) dan nilai bersih aset dan tanggungan itu hendaklah dianggap sebagai modal Kerajaan Negeri yang dilaburkan dalam Jabatan Air pada tarikh itu.

(3)

Pengarah dengan persetujuan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah mengeluarkan arahan dan perintah tentang cara segala buku dan akaun itu hendak diselenggarakan dan bentuk penyata akaun yang hendak dikemukakan untuk diaudit.

Lebihan