Skip to content

Seksyen 6

Kewangan

of Akta Kumpulan Wang Bekalan Air Negeri (Tatacara Kewangan dan Perakaunan) 1980

ActIn forceProvision 6 of 12
Seksyen 6
(1)

Pengarah hendaklah pada tiap-tiap tahun, tidak lewat daripada 31

Ogos dalam tahun itu, mengemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri suatu penyata anggaran pendapatan dan perbelanjaan pengendalian Jabatan Air berkenaan dengan tahun kewangan berikutnya, jumlah wang tunai yang dikehendaki untuk mengendalikan, dan perbelanjaan pembangunan yang hendak dilakukan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut sepanjang tahun itu dan sumber yang daripadanya wang yang hendak dibelanjakan itu dicadang hendak didapatkan.

(2)

Pengarah hendaklah juga mengemukakan butiran lengkap mengenai rancangan pembangunan yang dia bercadang hendak jalankan dalam tahun kewangan yang berikutnya dan perkara lain yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak

Berkuasa Negeri.