5. Perpindahan harta
Feedback & support(1)
Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud-maksud Kerajaan.
(2)
Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada Kerajaan.