Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

9. Penerusan prosiding sivil

Feedback & support
(1)

Mana-mana prosiding atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan oleh atau terhadap

Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap

Kerajaan sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan itu jika Akta ini tidak pernah diperbuat.

(2)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana rayuan itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga jika Akta ini tidak pernah diperbuat.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 596 8

Report