8. Pembayaran elaun, dsb
Feedback & supportTiap-tiap buruh India Selatan yang, sebaik sebelum tarikh ditetapkan—
mendiami Rumah Orang Tua Buruh India Selatan; atau
berdaftar dengan Lembaga, dan menerima apa-apa elaun, saraan atau bantuan kewangan lain atau apa-apa bantuan kebajikan atau faedah lain daripada Kumpulan
Wang hendaklah, pada dan selepas tarikh ditetapkan berhak untuk menerima apa-apa elaun, saraan, bantuan kewangan, bantuan kebajikan atau faedah daripada Kerajaan mengikut kadar yang diluluskan oleh Kerajaan.
Bagi maksud seksyen ini, “buruh India Selatan” ertinya mana-mana buruh—
yang bahasa ibundanya ialah, atau bahasa ibunda ibu atau bapanya ialah, Tamil, Telegu, Malayalam, Canarese atau Uriya; dan
yang dilahirkan, atau berketurunan daripada orang yang dilahirkan, di India Selatan.