Seksyen 47
of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983
Seksyen 47
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang dengan mengeluarkan stok debentur atau dengan cara lain bagi maksud Akta ini.
berkuatkuasa, dan boleh mendepositkannya dalam mana-mana bank atau bank-bank yang dilesen di bawah peruntukan-peruntukan Akta Bank 1973, atau, dalam sesuatu pengusahaan sebagaimana diluluskan oleh Menteri Kewangan.
(2)
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, bagi maksud Akta ini, mendapatkan pinjaman dari Kerajaan, atau dengan izin Menteri, meminjam dengan cara pinjaman sementara atau overdraf dari suatu bank yang dilesen di bawah peruntukan-peruntukan Akta Bank 1973, atau dengan cara lain.