Skip to content

Seksyen 51

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 51 of 90

Seksyen 51

(1)

Lembaga hendaklah sebelum bermula tiap-tiap satu tahun kewangan menyebab disediakan dan hendaklah menerima anggaran tahunan pendapatan dan perbelanjaan Lembaga bagi tahun yang berikutnya.

(2)

Anggaran tambahan boleh diterima oleh Lembaga di mana-mana mesyuaratnya.

(3)

Satu salinan semua anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah, setelah diterima oleh Lembaga, dihantar dengan segera kepada Menteri untuk kelulusannya.

(4)

Tiada apa-apa perbelanjaan yang tidak dimasukkan dalam anggaran tahunan atau anggaran tambahan yang diterima oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri boleh ditanggung beban oleh Lembaga.