Skip to content

Seksyen 57

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 57 of 90

Seksyen 57

(1)

Lembaga hendaklah sebelum melaksanakan mana-mana daripada beberapa kerja yang disebutkan di bawah ini, menghantar untuk kelulusan Menteri tiga salinan pelan dan lukisan itu masing-masing seperti berikut:

(a)

pelan dan lukisan mengikut skala tidak kurang daripada satu dalam lima ratus bagi empangan, empang dasar, terusan, reservoir, terowong dan pangkal kerja;

(b)

pelan mengikut skala tidak kurang daripada satu dalam lima puluh ribu atau skala lain yang diluluskan-oleh Pengarah Tanah dan Ukur menunjukkan talian penghantaran utama;

(c)

pelan dan lukisan rumah kuasa mengikut skala tidak kurang daripada satu dalam lima ratus.

(2)

Jika penolakan kelulusan oleh Menteri tidak diberitahu berkenaan dengan apa-apa butiran semasa habis tempoh dua puluh lapan hari selepas butiran itu dihantar kepadanya, maka pelan tersebut hendaklah disifatkan telah diluluskan dan Lembaga adalah bebas melaksanakan kerja itu.

(3)

Peruntukan-peruntukan yang terdahulu hendak-lah juga terpakai bagi apa-apa pelan dan lukisan terpinda yang mungkin dihantar oleh Lembaga kepada Menteri supaya memenuhi apa-apa penolakan kelulusan atau apa-apa bantahan yang dibangkitkan olehnya:

Dengan syarat bahawa Menteri hendaklah memberitahu kelulusan atau penolakan kelulusan atau bantahannya terhadap mana-mana pelan dan lukisan terpinda itu sebelum tamat tempoh empat belas hari mulai dari tarikh ia dihantarkan sedemikian, dan jika tiada apa-apa pemberitahuan dibuat dalam tempoh yang tersebut dahulu Lembaga adalah bebas untuk meneruskan kerja itu seolah-olah kelulusan telah diberi.