Skip to content

Seksyen 58

Izin-Lalu

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 58 of 90
Seksyen 58
(1)

Lembaga boleh menempatkan apa-apa talian bekalan elektrik sama ada di atas atau di bawah bumi merentangi mana-mana tanah, selain dari tanah yang dilitupi dengan bangunan atau digunakan sebagai taman atau tempat hiburan:

Dengan syarat bahawa sebelum menempatkan apa-apa talian itu merentang mana-mana tanah, Lembaga hendaklah menyampaikan kepada pemunya atau penduduk tanah itu notis mengenai niatnya bersama dengan satu perihal tentang keadaan dan kedudukan talian yang dicadang hendak ditempatkan dan jika dalam masa dua puluh satu hari selepas penyampaian notis itu, pemunya atau penduduk tidak memberi keizinannya atau mengepilkan bersama keizinannya apa-apa terma atau syarat yang dibantah oleh Lembaga, Pegawai Daerah bagi daerah berkenaan itu boleh, tertakluk sebagaimana diperuntukkan kemudian dari ini, memberi keizinannya tentang penempatan talian itu, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh membenarkan atau memberikuasa kepada Lembaga meletakkan atau menempatkan mana-mana talian bekalan elektrik atau kerja-kerja lain masuk ke dalam, menerusi atau tersandar pada mana-mana bangunan atau atas, ke atas atau di bawah mana-mana tanah yang

1 hendak-n lukisan ga kepada kelulusan ehnya:

ipa talian wah bumi mah yang sebagai lah memisan atau n lukisan belas hari

, dan jika n tempoh pas untuk san telah tkan apa

Lembaga iya atau bersama edudukan dan jika yampaian memberi izinannya tah oleh enaan itu kemudian nempatan ik kepada patut.

(1)

boleh Lembaga ia talian ke dalam, bangunan inah yang dilitupi bangunan, atau digunakan sebagai taman atau tempat hiburan, tanpa izin pemunya atau penduduknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa topang kepada talian atas atau apa-apa umbang atau jermang yang dikehendaki semata-mata bagi maksud menopang talian atas bolehlah dipasangkan di mana-mana tanah atau bangunan dengan keizinan Pegawai Daerah bagi daerah berkenaan itu jika pada pendapatnya keizinan pemunya atau penduduk itu ditahan dengan tak munasabahnya, dan Pegawai Daerah bagi daerah berkenaan itu hendaklah menetapkan amaun pampasan atau sewa tahunan, atau kedua-duanya, yang hendaklah dibayar oleh Lembaga kepada pemunya atau penduduk itu.

(3)

Jika pemunya atau penduduk mana-mana tanah yang di atasnya mana-mana talian bekalan elektrik telah ditempatkan menghendaki kedudukan talian bekalan elektrik itu diubah, Pegawai Daerah bagi daerah berkenaan itu boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki Lembaga mengubah kedudukan talian bekalan elektrik itu, tertakluk kepada syaratsyarat yang, jika tiada tercapai perjanjian di antara pihak-pihak, boleh ditentukan oleh Menteri.

(4)

Dalam menentukan sama ada hendak memberi atau menahan keizinannya atau mengeluarkan apa-apa notis atau hendak mengenakan apa-apa terma atau syarat, Pegawai Daerah itu hendaklah mengambil pertimbangan semua representasi atau bantahan yang diterima mengikut notis itu atau selainnya, dan hendaklah memberi perhatian kepada kesan, jika ada, ke atas kemudahan atau nilai tanah bagi penempatan atau pengubahan talian bekalan elektrik itu atau kerja-kerja lain mengikut cara yang dicadangkan itu.