Akta Lembaga Letrik Sabah 1983 · As enacted · Bahagian II · Penubuhan dan Keanggotaan Lembaga
6. Section 6
Feedback & supportOrang-orang yang berikut adalah hilang kelayakan dari dilantik menjadi anggota atau, jika telah dilantik, dari terus menjadi anggota:
(a)
seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tak daya melaksanakan tugas-tugas-nya atau menguruskan hal-ehwalnya;
(b)
seseorang yang dilarang dari menjadi pengarah syarikat di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan syarikat;
(c)
seseorang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau buruk akhlak; dan
(d)
seorang bankrap.