Skip to content

Seksyen 9

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 9 of 90

Seksyen 9

(1)

Jika jawatan seseorang anggota, selain dari Pengurus Besar, menjadi kosong, Menteri boleh melantik seorang lain yang mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu hanya selama tempoh yang anggota yang dia telah dilantik menggantikan itu sepatutnya memegang jawatan.

(2)

Jika seseorang anggota, selain dari Pengurus Besar, tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang anggota oleh sebab sakit, tidak ada dalam Negeri atau sebab-sebab lain yang seumpamanya, Menteri boleh melantik mana-mana orang yang mempunyai kelayakan yang sesuai untuk bertindak sebagai timbalan bagi anggota itu sepanjang tempoh yang dia tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya.