Skip to content

Seksyen 73

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 73 of 90

Seksyen 73

(1)

Kecuali bagi maksud-maksud Akta ini atau sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seseorang anggota, atau pegawai atau pengkhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat mengenai sesuatu urusan individu, yang telah didapatinya semasa menjalankan tugas-tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Seseorang yang dengan disedarinya melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun.