Seksyen 76
of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983
Seksyen 76
Mana-mana orang yang dengan sengaja, atau dengan cara fraud membencana atau membenar dibencanakan mana-mana kerja Lembaga, atau mengubah indeks mana-mana meter bagi menentukan nilai bekalan, atau menghalang mana-mana meter itu daripada mendaftarkan dengan wajar nilai bekalan, atau dengan cara fraud mengambil, menghabis atau mengguna tenaga elektrik Lembaga adalah melakukan suatu kesalahan dan (tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain bagi melindungi Lembaga) apabila disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak seribu ringgit dan penjara selama tempoh setahun dan Lembaga boleh selain dari itu mendapatkan kembali amaun bagi apa-apa kerosakan yang dialaminya.
(2)
Wujudnya cara-cara artifisial bagi menyebabkan pengubahan atau halangan itu, atau bagi mengambil, menghabis atau mengguna elektrik Lembaga apabila meter itu berada di bawah jagaan atau kawalan pengguna, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa pengubahan, halangan, pengambilan atau penghabisan itu, mengikut mana yang berkenaan, telah dengan cara fraud, disedari dan dengan sengaja disebabkan oleh pengguna yang mengguna meter itu.
(3)
Dan bagaimanapun jika mana-mana orang telah dengan sengaja atau dengan cara fraud membencanakan atau membiar dibencanakan mana-mana talian elektrik, meter atau pasangan kepunyaan Lembaga, atau mengubah indeks pada mana-mana meter, atau menghalang mana-mana meter dari mendaftarkan kuantiti bekalan elektrik dengan sewajarnya, Lembaga boleh juga, sehingga talian, meter atau pasangan yang diadukan itu telah diremedi, memotong bekalan elektrik kepada orang yang melakukan kesalahan itu walaupun terdapat apa-apa kontrak yang ada sebelumnya.