Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Act of Parliament

Akta Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia 1972

Feedback & supportA board for the rubber exchange and licensing

Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors

s 1Section 1

(1)

Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia, 1972 dan, tertaklok kapada sekshen-kechil (2), hendak-lah mula berkuatkuasa pada tarikh yang di-tetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta.

(2)

Menteri boleh menetapkan tarikh $ ^{2} $ yang berlainan bagi mula berkuatkuasa-nya sekshen $ ^{2} $ yang berlainan dalam Akta ini.

(3)

Akta ini hendak-lah di-pakai di-seluroh Malaysia.

s 2Section 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika kandongan ayat-nya Tafsiran. menghendaki makna yang lain—

"Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa" erti-nya Enakmen Pengawalan Getah, 1936, Enakmen Pengawasan Getah, 1937 dan Enakmen $ ^{2} $ Getah, Ordinan $ ^{2} $ Getah dan Peratoran $ ^{2} $ Getah yang bersamaan dengan-nya yang berkuatkuasa sa-bagaimana di-pinda atau di-ubahsuai oleh Akta ini; N.M.B 37/36. N.M.B 10/37.

"Menteri" erti-nya Menteri yang bertanggongjawab atas perusahaan getah.

(2)

Akta ini hendak-lah di-bacha dan di-tafsirkan sabagai satu dengan Ordinan Pengawalan Perkapalan dan 74/49. Pembungkusan Getah, 1949, Akta Pasaran Getah 11/62.

Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962, Akta Pendaftaran Ekspot Getah, 1966 dan Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa.

s 3Section 3

(1)

Maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu Lembaga yang menjadi suatu pertubohan perbadanan bernama "Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia" (kemudian daripada ini di-sebut "Lembaga itu") dan ia-nya hendak-lah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri, dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas nama perbadanan-nya.

(2)

Lembaga itu hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ berikut yang di-lantek oleh Menteri—

(a)

sa-orang Pengerusi;

(b)

sa-orang Timbalan Pengerusi yang akan bertindak sa-bagai Pengerusi gilir;

(c)

sa-orang wakil dari Kementerian Perusahaan Utama;

(d)

empat orang wakil dari perusahaan getah, dua orang daripada mereka hendak-lah mewakili sektor estet perusahaan getah dari antara orang $ ^{2} $ yang di-namakan oleh Majlis Pengeluar Getah dan dua orang lagi itu hendak-lah mewakili sektor pekebunkechil dari perusahaan getah;

(e)

empat orang wakil dari perdagangan getah;

(f)

sa-orang wakil dari Bank Negara Malaysia;

(g)

sa-orang wakil dari Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia;

(h)

sa-orang wakil dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan;

(i)

dua orang wakil dari Malaysia Timor, sa-orang daripada mereka hendak-lah di-namakan oleh Kerajaan Sabah dan sa-orang lagl itu oleh Kerajaan Sarawak:

(3)

Maka hendak-lah di-lantek atau di-namakan, mengikut mana yang berkenaan, mengenai tiap $ ^{2} $ sa-orang ahli Lembaga itu, lain daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, sa-orang ahli gilir yang boleh menghadhiri meshuarat $ ^{2} $ Lembaga itu apabila ahli hakiki tidak berupaya buat sementara untok hadhir dan apabila menghadhiri meshuarat $ ^{2} $ itu ahli gilir itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai sa-orang ahli Lembaga itu bagi segala maksud.

(4)

Jika sa-saorang ahli Lembaga itu mati atau meletakkan jawatan, kekosongan yang berlaku itu hendak-lah di-isi dengan melantek atau menamakan sa-orang lain mengikut chara sama saperti yang di-peruntokkan dalam sekshenkechil (2).

(5)

Tiap $ ^{2} $ ahli Lembaga itu hendak-lah memegang jawatan mengikut apa $ ^{2} $ sharat dan sa-lama apa $ ^{2} $ tempoh yang di-nyatakan dalam surat perlantekan-nya dan ada-lah layak di-lantek sa-mula.

(6)

Menteri hendak-lah mengarahkan supaya perlantekan $ tiap^{2} $ ahli dan $ tiap^{2} $ ahli gilir Lembaga itu di-siarkan dalam Warta.

(7)

Pengerusi atau Timbalan Pengerusi apabila bertindak sa-bagai Pengerusi hendak-lah mempunyai hak mengundi atas apa² soal dan jika sa-kira-nya pembahagian undi sama banyak-nya, maka ia hendak-lah juga mempunyai suatu undi pemutus.

(a)

pendaftaran dan pelesenan semua orang yang bertugas dalam urusan membungkus getah untok ekspot atau dalam pengapalan getah untok ekspot dalam erti Ordinan Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah, 1949;

(b)

pengurusan yang sa-patut dan berkesan bagi Perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 3 Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962;

(c)

pengeluaran lesen kapada peniaga $ ^{2} $ getah dalam erti Enakmen $ ^{2} $ Getah-yang berkuatkuasa;

(d)

penyiasatan dan pengawasan aktiviti $ ^{2} $ perniagaan getah termasok pemindahan dan pengangkutan getah dalam erti Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa;

(e)

penyelarasan aktiviti dalam pemasaran getah dengan tujuan hendak memajukan pemasaran yang chekap bagi getah dari Malaysia;

(f)

kerjasama dan perhubongan dengan semua ejensi $ ^{2} $ negara yang lain yang bertanggongjawab bagi mengadakan kredit pertanian memproses dan memasarkan getah.

s 5Section 5

Lembaga itu hendak-lah bertanggongjawab kapada Menteri dan Menteri boleh, dari sa-masa ka-samasa, mengeluarkan arahan $ ^{2} $ mengenai apa $ ^{2} $ aspek tugas Lembaga itu dan Lembaga itu hendak-lah terikat kapada sa-suatu arahan itu.

s 6Section 6

(1)

Lembaga itu boleh melantek pegawai $ ^{2} $ atau penjawat $ ^{2} $ sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya patut bagi maksud menjalankan tugas $ ^{2} $ Lembaga.

s 7Section 7

Lembaga itu boleh mewakilkan, tertaklok kapada apa $ ^{2} $ sharat atau sekatan sa-bagaimana yang di-kenakan olehnya, mana $ ^{2} $ daripada tugas-nya yang di-fikirkan-nya patut kapada mana $ ^{2} $ orang atau kumpulan orang sa-bagaimana yang di-nyatakan-nya dalam perwakilan itu.

s 8Section 8

Bagi maksud Akta ini maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu Kumpulanwang yang ka-dalam-nya akan di-masokkan—

(2)

Semua ahli, pegawai dan penjawat Lembaga itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

(a)

segala hasil yang terakru kapada Lembaga itu di-bawah Ordinan Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah, 1949, Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962, dan Akta Pendaftaran Ekspot Getah, 1966; dan

(b)

apa $ ^{2} $ pemberian yang di-masokkan ka-dalam Kumpulanwang itu dari Kumpulanwang Persekutuan Di-satukan;

dari mana akan di-bayar segala perbelanjaan Lembaga termasok saraan dan apa $ ^{2} $ elaun lain yang kena di-bayar kapada ahli $ ^{2} $ , pegawai $ ^{2} $ atau penjawat $ ^{2} $ Lembaga sa-bagaimana yang mustahak untok menjalankan peruntokan $ ^{2} $ Akta dengan sa-patut-nya.

s 9Section 9

(1)

Lembaga hendak-lah mengarahkan supaya akaun $ ^{2} $ Kumpulanwang itu yang penoh dan benar di-simpan dan hendak-lah dengan sa-berapa segera yang harus sa-lepas $ ^{31} $ hb Disember dalam tiap $ ^{2} $ satu tahun, mengeluarkan suatu laporan mengenai Kumpulanwang itu bersama dengan suatu kunchi-kira $ ^{2} $ dan suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan dalam tahun yang lalu, di-kira dari 1hb Januari atau dari tarikh bermula-nya Kumpulanwang itu hingga $ ^{31} $ hb Disember, dan suatu senarai pelaboran $ ^{2} $ (jika ada) Kumpulanwang itu menunjokkan harga kos dan nilai-nya pada tarikh yang akhir tersebut itu.

(2)

Kunchi-kira $ ^{2} $ tahunan, pendapatan dan perbelanjaan tahunan dan senarai pelaboran $ ^{2} $ tahunan (jika ada) Kumpulanwang itu hendak-lah, sa-belum di-keluarkan, di-odit oleh Juruodit Negara atau sa-saorang juruodit sa-bagaimana yang di-lantek oleh Menteri.

(3)

Laporan Tahunan Lembaga dan Laporan Juruodit hendak-lah di-hantar oleh Lembaga kapada Menteri tidak lewat daripada 30hb September dalam tiap $ ^{2} $ satu tahun dan hendak-lah di-bentangkan dalam kedua $ ^{2} $ Majlis Parlimen oleh Menteri dan di-siarkan dalam Warta.

s 10Section 10

Walau apa jua yang terkandong dalam Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa, segala peruntokan yang terkandong dalam-nya berhubong dengan perlantekan atau penubohan Pehak-berkuasa Pelesen Peniaga $ ^{2} $ Getah hendak-lah berhenti daripada berkuatkuasa atau berkesan apabila Akta ini mula berkuatkuasa; dan Lembaga yang di-bentok di-bawah Akta ini hendak-lah melantek suatu Pehak-berkuasa Pelesen mengenai sa-suatu Negeri, daerah atau kawasan dan pehak-berkuasa pelesen itu hendak-lah mempunyai segala kuasa sa-olah $ ^{2} $ Pehak-berkuasa Pelesen itu telah di-lantek di-bawah Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa.

s 11Section 11

(1)

Bagi menjalankan peruntokan $ ^{2} $ Akta ini dengan sa-patut dan berkesan, Menteri boleh membuat peratoran $ ^{2} $ bagi semua atau mana $ ^{2} $ daripada perkara yang berikut—

(a)

pengawalan dan pengawasan perniagaan getah termasok penjualan, pembekalan dan pengekspotan getah;

(b)

pengawalan dan peratoran mengenai pembungkusan, pemeringkatan dan pengapalan getah;

(c)

bagi maksud mempastikan bahawa mutu getah yang akan di-ekspot ada-lah dari sa-suatu piawai sabagaimana yang di-tetapkan dan bagi menchegah tipuan berhubong dengan-nya, pengawalan dan pengawasan piawai $ ^{2} $ itu termasok menetapkan chap $ ^{2} $ yang akan di-chapkan atau dengan chara lain di-tera di-atas getah yang di-bungkus untok ekspot atau di-atas bendela $ ^{2} $ getah yang di-hantar untok ekspot; dan

(d)

am-nya bagi menjalankan peruntokan $ ^{2} $ Akta ini dengan chara lebeh baik dan berkesan, apa $ ^{2} $ peratoran $ ^{2} $ yang perlu dengan tujuan hendak membaiki atau menyemak peruntokan $ ^{2} $ dalam Enakmen $ ^{2} $

10

Getah yang berkuatkuasa dan bagi menjalankan dengan sa-patut perdagangan dan perniagaan getah dan bagi memasarkan dan mengekspot getah.

(2)

Apa $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah sekshen-kechil (1) boleh meminda, mengubahsuai, memansokhkan atau mengganti mana $ ^{2} $ peruntokan dalam Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa.

s 12Section 12

Ordinan Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah, 1949, Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962 dan Akta Pendaftaran Ekspot Getah, 1966 hendak-lah di-perluaskan ka-seluroh Malaysia dan hendak-lah di-pinda mengikut chara yang di-nyatakan dalam Jadual kapada Akta ini.

s 13Section 13

Semua harta aleh atau takaleh, yang sa-belum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa telah terletakhak pada atau di-pegang oleh atau untok Lembaga Pendaftaran Ekspot Getah Tanah Melayu yang di-tubohkan dan di-bentok di-bawah Ordinan Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah, 1949 dan Lembaga yang di-bentok di-bawah Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962, hendak-lah, apabila Akta ini mula berkuatkuasa dan tanpa apa² jua pindahakan, serahakan atau pindahmilekan, terletakhak atau berpindah kapada Lembaga yang di-bentok di-bawah Akta ini dalam keadaan² dan tertaklok kapada sekatan² sa-bagaimana ia-nya telah terletakhak atau di-pegang sa-belum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa; dan semua hak dan tanggongan yang sa-belum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa ada-lah hak² dan tanggongan² bagi Lembaga² yang pertama tersebut itu hendak-lah, apabila Akta ini mula berkuatkuasa, menjadi hak² dan tanggongan² bagi Lembaga yang di-bentok di-bawah Akta ini.

s 14Section 14

Tiada apa $ ^{2} $ jua dalam Akta ini boleh menyentoh sasuatu lesen, permit atau kelulusan yang di-keluarkan, di-beri atau di-dapatkan di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ yang di-pinda atau di-ubahsuai oleh Akta ini dan lesen, permit atau kelulusan itu hendak-lah terus berkuatkuasa tertaklok kapada had $ ^{2} $ dan sharat $ ^{2} $ yang tersebut dalam-nya itu.

LEMBAGA PASARAN DAN PELESEN GETAH MALAYSIA

Schedules