4. Lembaga itu hendak-lah bertanggongjawab atas—
Feedback & supportpendaftaran dan pelesenan semua orang yang bertugas dalam urusan membungkus getah untok ekspot atau dalam pengapalan getah untok ekspot dalam erti Ordinan Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah, 1949;
pengurusan yang sa-patut dan berkesan bagi Perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 3 Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962;
pengeluaran lesen kapada peniaga $ ^{2} $ getah dalam erti Enakmen $ ^{2} $ Getah-yang berkuatkuasa;
penyiasatan dan pengawasan aktiviti $ ^{2} $ perniagaan getah termasok pemindahan dan pengangkutan getah dalam erti Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa;
penyelarasan aktiviti dalam pemasaran getah dengan tujuan hendak memajukan pemasaran yang chekap bagi getah dari Malaysia;
kerjasama dan perhubongan dengan semua ejensi $ ^{2} $ negara yang lain yang bertanggongjawab bagi mengadakan kredit pertanian memproses dan memasarkan getah.