Skip to content

Seksyen 9

of Akta Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia 1972

ActIn forceProvision 9 of 14

Seksyen 9

(1)

Lembaga hendak-lah mengarahkan supaya akaun $ ^{2} $ Kumpulanwang itu yang penoh dan benar di-simpan dan hendak-lah dengan sa-berapa segera yang harus sa-lepas $ ^{31} $ hb Disember dalam tiap $ ^{2} $ satu tahun, mengeluarkan suatu laporan mengenai Kumpulanwang itu bersama dengan suatu kunchi-kira $ ^{2} $ dan suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan dalam tahun yang lalu, di-kira dari 1hb Januari atau dari tarikh bermula-nya Kumpulanwang itu hingga $ ^{31} $ hb Disember, dan suatu senarai pelaboran $ ^{2} $ (jika ada) Kumpulanwang itu menunjokkan harga kos dan nilai-nya pada tarikh yang akhir tersebut itu.

(2)

Kunchi-kira $ ^{2} $ tahunan, pendapatan dan perbelanjaan tahunan dan senarai pelaboran $ ^{2} $ tahunan (jika ada) Kumpulanwang itu hendak-lah, sa-belum di-keluarkan, di-odit oleh Juruodit Negara atau sa-saorang juruodit sa-bagaimana yang di-lantek oleh Menteri.

(3)

Laporan Tahunan Lembaga dan Laporan Juruodit hendak-lah di-hantar oleh Lembaga kapada Menteri tidak lewat daripada 30hb September dalam tiap $ ^{2} $ satu tahun dan hendak-lah di-bentangkan dalam kedua $ ^{2} $ Majlis Parlimen oleh Menteri dan di-siarkan dalam Warta.