Skip to content

Seksyen 19

Pegawai dan pekhidmat Lembaga

of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011

ActIn forceProvision 19 of 45
Seksyen 19
(1)

Lembaga hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat Lembaga sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Lembaga dari semasa ke semasa.

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk merangka dan mengawal selia tatacara pelantikan pegawai dan pekhidmatnya.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 21

(3)

Seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga hendaklah memegang jawatannya selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(4)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.