Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 · Updated to 15 Jun 2015 · Bahagian VII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
39. Pemansuhan dan pembubaran
Feedback & supportAkta Balai Seni Lukis Negara 1959 [Akta 516] adalah dimansuhkan dan Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis
Negara (“Lembaga dibubarkan”) adalah dibubarkan.
Semua pelantikan, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah dan arahan yang dibuat atau yang mempunyai kesan di bawah undang-undang yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kesan pada permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah, tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perintah itu atau untuk meminda, membatalkan atau menarik balik arahan dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu untuk menyelaraskan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah atau arahan dengan
Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat, disimpan atau diberikan di bawah Akta ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 724