Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 · Updated to 15 Jun 2015 · Bahagian V · Balai Seni Visual Negara
30. Penubuhan Balai Seni Visual Negara
Feedback & supportMaka dengan ini ditubuhkan suatu Balai Seni Visual
Negara yang hendaklah diuruskan oleh Lembaga.
Lembaga boleh menubuhkan dan menyenggara apa-apa cawangan Balai Seni Visual Negara di mana-mana tempat di
Malaysia sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.
Semua koleksi seni visual negara hendaklah disimpan di
Balai.
Balai boleh, bagi pihak Lembaga—
mempamerkan, memajukan atau menjadikan tersedia bagi pameran, karya seni visual daripada koleksi seni visual negara atau koleksi orang lain;
menyediakan maklumat tentang seni visual;
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 27
membangunkan dan menyenggarakan suatu koleksi karya seni visual negara;
memberi nasihat tentang pemeliharaan seni visual;
membuat perkiraan atau membantu dalam penyelidikan perkara-perkara yang berkaitan dengan seni visual;
menjual atau menukarkan apa-apa karya seni visual, atau mempamerkan koleksi seni visual peribadi yang di bawah jagaan dan kawalan Lembaga;
menubuhkan dan menyenggarakan kemudahan bagi pembelian oleh orang awam buku, kertas, cetakan, poskad, reproduksi, replika, bahan promosi dan barang lain yang berkaitan dengan karya seni visual di Balai.