Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011
“Balai” termasuklah suatu cawangan Balai Seni Visual Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;
“koleksi seni visual negara” dan “koleksi negara” ertinya semua karya seni visual yang diperoleh oleh Lembaga;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Seni Visual Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 22;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“memperoleh” termasuklah memperoleh dengan cara pembelian, pemindahan, pemberian, pertukaran, hadiah, penyelesaian atau selainnya;
“pegawai Lembaga” termasuklah Ketua Pengarah;
“pengendali seni visual” ertinya mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perniagaan atau pengendalian seni visual;
“seni visual” ertinya seni yang dihasilkan daripada bahan tara, teknik, proses atau teknologi yang sesuai, yang menarik kepada deria visual dan wujud dalam bentuk kekal;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.