Seksyen 27
Akaun dan laporan
of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011
Lembaga hendaklah menyebabkan disimpan akaun
Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya tentang aktiviti
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 25
Lembaga dan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan bagi tahun kewangan itu—
(a)
suatu penyata akaun
Lembaga yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
(b)
suatu penyata aktivitinya.
(2)
Lembaga hendaklah dengan secepat yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun dan penyata aktivitinya yang disebut dalam subseksyen (1) yang diperakui oleh juruaudit dan satu salinan laporan juruaudit kepada
Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen.
(3)
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.